MSL 2019: Ketumpulan PJ City Bantu Perak Raih 3 Mata Di Petaling JayaPerak meneruskan rentetan 8 perlawanan tanpa kalah di laman lawan selepas berjaya menundukkan PJ City FC dalam saingan minggu ke-16, Liga Super Malaysia (MSL) 2019, sebentar tadi. Hadir ke Stadium MBPJ tanpa kelibat Leandro di jentera tengah, rentak Perak dilihat sedikit terjejas namun berjaya merekodkan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan penyerang import, Ronaldo. Biarpun tampil cemerlang bersama skuad kebangsaan dengan 4 gol peribadi dalam dua perlawanan, masih tiada tempat dalam kesebelasan utama Mehmed Durakovic buat Shahrel Fikri.